Remaja, penganggur pecah tabung derma dicekup

Dua tabung derma anak yatim yang telah dipecah dan wang tunai dilarikan. (Gambar kecil: Afzanizar)
Dua tabung derma anak yatim yang telah dipecah dan wang tunai dilarikan. (Gambar kecil: Afzanizar)
A
A
A

MELAKA - Perbuatan licik seorang penganggur dan rakannya berusia 16 tahun memecah tabung derma anak yatim yang diletakkan di masjid akhirnya terbongkar selepas dicekup di Ayer Molek di sini, pada Sabtu lalu.

Lelaki berusia 29 dan rakannya itu ditahan antara jam 2.45 petang hingga 3 petang oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di kawasan perumahan di Ayer Molek.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, sebelum tangkapan dilakukan, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang jemaah Masjid Al- Faizin, Kampung Bukit Lintang mengenai kejadian pecah tabung derma yang diletakkan di ruang pintu masuk masjid berkenaan.

Menurutnya, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di masjid tersebut mendapati dua suspek memakai topi keledar dan pelitup muka masuk ke masjid kira- kira jam 4.32 pagi pada Sabtu lalu.

"Menerusi rakaman CCTV kita dapat membuat tangkapan pertama remaja berusia 16 dan susulan tangkapan itu berjaya menahan suspek penganggur kira-kira 15 minit kemudian di kawasan perumahan yang sama.

"Polis turut merampas wang tunai RM165, topi keledar alat pemotong besi, pakaian, walkie talkie serta pengecasnya," katanya ketika dihubungi di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau berkata, wang sumbangan tabung derma tersebut milik Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat Melaka Pindah, Alor Gajah yang berjumlah kira- kira RM278.

Ujarnya, dengan tertangkapnya kedua-dua suspek polis berjaya menyelesaikan empat kes membabitkan kejadian pecah masuk pejabat sekolah dan pecah tabung masjid di kawasan Kandang serta Tiang Dua.

Artikel Berkaitan:

"Semakan dilakukan turut mendapati suspek remaja lelaki mempunyai rekod jenayah lampau dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan manakala rakannya Seksyen 457 kanun sama

"Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan mereka juga akan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) untuk tujuan ujian saringan air kencing," katanya.