PKR perlu jadi penyelesai masalah kepada kemelut negara

Saifuddin Nasution ketika Kongres Nasional Keadilan ke-15 yang berlangsung secara maya pada Ahad.
Saifuddin Nasution ketika Kongres Nasional Keadilan ke-15 yang berlangsung secara maya pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Semua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu meletakkan parti itu pada posisi sebagai penyelesai masalah yang menawarkan jalan keluar kepada kemelut masalah negara.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ahli parti perlu memberikan jalan penyelesaian kepada rakyat terutama ketika negara berdepan pelbagai krisis ketika ini.

“Kita perlu memberikan dokongan kepada Presiden dan sekalian saf kepimpinan di semua peringkat untuk tampil sebagai pemimpin yang mampu menawarkan penyelesaian masalah sekarang.

“Kita mesti menjadi penyelesai masalah. Dalam masa krisis, rakyat memerlukan penyelesaian masalah,” katanya ketika Kongres Nasional Keadilan ke-15 yang diadakan secara maya pada Ahad.

Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata, kegagalan parti kerajaan dalam mengendalikan penularan kes Covid-19 di negara ini memberi impak besar kepada rakyat serta negara.

“Pandemik Covid-19 ini menyerlahkan ketidakupayaan pemerintah atau kerajaan Malaysia dalam menghadapinya.

“Ia memberikan kesan buruk terhadap kestabilan politik, masalah ekonomi, kehidupan serta kesihatan rakyat,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan: