X

Kindly register in order to view this article
!

PGA cekup 13 PATI baru mendarat di Sekinchan

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

SHAH ALAM - Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih menahan 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia termasuk empat wanita di Jalan Baru Kampung Mandur Wahit Tali Air 4, Sekinchan, dekat Sabak Bernam, awal pagi Ahad.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Rizal Mohamed berkata, kesemua mereka yang berusia 18 hingga 55 tahun itu ditahan pada jam 1.40 pagi oleh anggota pasukan yang melakukan rondaan di pesisir pantai.

"Mereka didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai masuk ke negara ini melalui jalan laut yang tidak diwartakan dengan menggunakan bot sebelum mendarat di pesisir pantai Sekinchan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Rizal berkata, kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Sekinchan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan menjalani ujian saringan Covid-19. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!