X

Kindly register in order to view this article
!

Buruh binaan didakwa cabul anak tiri

Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, pada Ahad atas dakwaan mencabul anak tirinya empat tahun lalu.
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang buruh binaan berdepan tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, pada Ahad atas dakwaan mencabul anak tirinya yang berusia 10 tahun, empat tahun lalu.

Tertuduh, 53, yang juga warga Indonesia berdepan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Bagaimanapun, tertuduh tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul mangsa antara 1 September hingga 1 November 2017 jam 8 malam di sebuah rumah di Kampung Wakaf Mempelam, di sini.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin.

Pihak mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan tarikh 27 Julai depan bagi sebutan semula kes.