Pemuda Pas Kedah hulur sumbangan kepada UUM

Pemuda Pas negeri Kedah menyalurkan bantuan makanan kepada warga UUM yang dikenakan PKPD sehingga 26 Jun depan.
Pemuda Pas negeri Kedah menyalurkan bantuan makanan kepada warga UUM yang dikenakan PKPD sehingga 26 Jun depan.
A
A
A

KUBANG PASU - Pemuda Pas negeri Kedah bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menghulurkan sumbangan makanan kepada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuat kuasa hingga 26 Jun ini.

Ketua Pemuda Pemuda Pas negeri Kedah, Nurul Amin Hamid yang mengetuai rombongan menyampaikan sumbangan yang diwakili Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) UUM, Profesor Madya Dr Rajwani Md Zain disaksikan Dekan Hal Ehwal Pelajar UUM, Profesor Madya Dr. Massudi Mahmudin.

Katanya, sumbangan berkenaan turut mendapat kerjasama daripada beberapa NGO seperti GAMIS Kedah, An Nasr Care, Jerlun Care, Al-Azhar Care, Othman Affan Prihatin, Khidmat Malaysia Kubang Pasu dan warga CAKNA.

"Alhamdulillah, lebih daripada 2,067 orang pelajar UUM, 100 keluarga dan 103 orang sukarelawan dalam UUM berjaya mendapat manfaat hasil sumbangan membabitkan makanan kering dan keperluan asas," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Menurutnya, inisiatif berkenaan diharap dapat membantu pihak UUM untuk menjamin keperluan makanan kepada pelajar kampus di situ sepanjang pelaksanaan PKPD.

"Bukan sekadar keperluan makanan, kemudahan seperti rawatan kesihatan juga perlu diberi perhatian untuk pelajar," katanya.

Nurul Amin turut memaklumkan pihaknya juga sedang mengumpulkan dana bagi sumbangan fasa kedua kepada kumpulan sasaran yang memerlukan.

"Sekiranya anda berhajat ingin membantu usaha kami ini, boleh hulurkan sumbangan menerusi akaun Bank Islam Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah 0201 1010 0093 00," katanya.

Artikel Berkaitan: