Penafian Najib bukan satu kesalahan: Peguam

Najib - Foto Sinar Harian Rosli Talib
Najib - Foto Sinar Harian Rosli Talib
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat penafian berhubung pengubahan wang melibatkan peguam yang juga Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun dilihat bukan satu kesalahan serta tidak menjejaskan perjalanan prosiding kes tersebut.

Peguam, Muhammad Akram Abdul Aziz berkata, penjelasan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pekan melalui Facebook miliknya itu juga boleh dianggap sebagai bukan satu bentuk keterangan.

"Penafian atau penjelasan Najib itu suatu yang berbentuk pandangan peribadi beliau dan mungkin tidak dianggap 'sub judice' (suatu yang masih dalam pertimbangan mahkamah atau kes masih berjalan dan tidak boleh dibincangkan secara umum).

ARTIKEL BERKAITAN: RM15 juta bukan dana kerajaan: Najib

Peguam UMNO ditahan SPRM, didakwa esok pagi

"Ia boleh juga dikatakan sebagai hak beliau untuk bersuara seperti mana yang diperuntukkan di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

"Buat masa ini, pandangan yang beliau lontarkan tersebut tidak menjejaskan perjalanan prosiding kes tersebut dan mungkin boleh dikatakan sebagai bukan satu bentuk keterangan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan yang dilakukan bekas Presiden UMNO itu boleh dikategorikan sebagai menghina mahkamah.

Artikel Berkaitan:

Ini kerana, kes melibatkan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta yang dikenakan ke atas Mohd Hafarizam itu sedang dituduh di mahkamah.

Menurut Muhamad Akram lagi, ketika ini juga Najib belum dipanggil sebagai saksi bagi bagi kes berkenaan.

"Apabila beliau dipanggil sebagai saksi untuk beri keterangan atau kemukakan dokumen, atau disoal balas peguam, baharulah mahkamah akan menilai kebenaran keterangan beliau tersebut,"katanya.

Terdahulu, Najib dalam kenyataan di Facebook miliknya menepis dakwaan berhubung pengubahan wang haram melibatkan peguam berkenaan.

Katanya, wang bernilai RM15 juta itu merupakan itu merupakan bayaran untuk 'kerja selama beberapa tahun' kepada sebuah syarikat yang ditubuhkan bekas penasihat medianya, Paul Stadlen.

Mohd Hafarizam sebelum ini mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan ke atasnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azman Ahmad.