Kerajaan perlu kaji semula skim agihan bantuan

Zainul Rijal
Zainul Rijal
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu mengkaji semula skim pengagihan bantuan kepada golongan B40, M40 dan T20.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, bantuan kerajaan banyak tertumpu kepada golongan B40 sedangkan golongan lain yang terkesan dengan pandemik Covid-19 juga sebenarnya memerlukan bantuan.

Menurut beliau, golongan tersebut sering dilupakan kerana disangka masih mempunyai pendapatan biasa.

“Kerajaan perlu mendapatkan data pendapatan isi rumah terkini bagi mengagihkan bantuan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Jelas beliau, akibat pandemik tersebut, pendapatan isi rumah pada tahun ini sudah berubah di mana ramai golongan T20 turun menjadi M40 atau lebih dahsyat lagi B40.

“Contohnya seperti juruterbang atau anak kapal pesawat yang dulunya bergaji puluhan ribu tetapi kini tidak bekerja lagi.

“Golongan M40 sebagai golongan pertengahan juga banyak terkesan dengan pandemik seperti dibuang kerja dan perniagaan merosot,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Zainul Rijal berkata, dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh banyak perniagaan ditutup dan pekerja diarah bekerja dari rumah sedangkan kerja tersebut sebenarnya tidak boleh dibuat di rumah.

Artikel Berkaitan:

Katanya, hal ini menyebabkan tiada pendapatan perniagaan dan majikan tidak boleh membayar gaji pekerja, sewa premis dan perbelanjaan.