X

Kindly register in order to view this article
!

'Jerman telah beraksi cemerlang'

Pemain Jerman meraikan kejayaan menewaskan Portugal pada aksi Kumpulan F, Euro 2020 pada awal pagi Ahad.
A
A

PENGENDALI Jerman, Joachim Low menyifatkan kemenangan 4-2 ke atas Portugal pada aksi Kumpulan F, Euro 2020 sebagai satu keputusan yang cemerlang.

Menurutnya, biarpun ketinggalan pada minit ke-15 hasil jaringan Cristiano Ronaldo, namun dua gol sendiri daripada pemain pertahanan, Ruben Dias dan Raphael Guerreiro, masing-masing pada minit ke-35 dan 39 dilihat berjaya membuka peluang Jerman untuk bangkit dan memenangi perlawanan.

“Bagi mengharungi perlawanan ini, kami telah menggunakan pendekatan taktikal yang berbeza berbanding ketika tewas kepada Perancis tempoh hari.

“Apa pun, secara keseluruhannya pasukan saya telah beraksi cemerlang kali ini. Pemain dilihat bersemangat dan pemain turut dilihat mencipta banyak peluang gol,” katanya.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Die Mannschaft meraih tiga mata berharga setelah tewas 0-1 pada aksi pembukaan kepada Perancis, 16 Jun lalu.

Sekali gus, kemenangan itu dilihat telah menghidupkan semula peluang Jerman untuk mara ke pusingan kalah mati, selepas ini.

Jerman bakal berdepan Hungary pada aksi terakhir Kumpulan F, di Allianz Arena, Munich, 24 Jun ini.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan berkenaan, Low berkata, dia berpuas hati dengan aksi yang dipersembahkan skuad Les Bleus di sepanjang perlawanan.

“Sebenarnya kami mahu melakukan gerakan yang lebih baik pada jentera serangan pasukan ini.

“Ini kerana sejak dari mula ia seakan mempunyai tempo yang tersendiri menerusi gandingan pemain sayap seperti (Joshua) Kimmich dan (Robin) Gosens," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!