X

Kindly register in order to view this article
!

Anggota bomba diserang, didakwa lewat tiba padam kebakaran

Anggota bomba diserang seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Belipat, Jalan Punang di Lawas, Sarawak pada Sabtu. - Foto Astro Awani
A
A

LAWAS - Seorang anggota bomba cedera selepas diserang seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Belipat, Jalan Punang di Lawas, Sarawak pada Sabtu.

Dalam insiden tersebut, anggota terbabit yang sedang terlibat dalam kerja-kerja pemadaman kebakaran sebuah rumah setingkat ditumbuk seorang lelaki dari arah belakang.

Seorang lagi lelaki pula bertindak memarahi pasukan bomba yang didakwanya lewat tiba.

Susulan kejadian, anggota bomba terbabit yang cedera ringan telah membuat laporan polis pada Sabtu.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung insiden itu hari ini.

Terdahulu, pasukan Bomba dan Penyelamat Lawas menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 3.18 petang.

Sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota kemudian bergegas ke lokasi yang terletak enam kilometer dari balai.

Ketika bomba tiba, kata Ling Hii, sebahagian besar rumah yang berstruktur tidak kekal itu sudah musnah.

Kerja-kerja 'fire break' kemudian dilakukan selain teknik 'receo' untuk mengelakkan api merebak.

Empat sekeluarga yang menyewa rumah terbabit sempat menyelamatkan diri.

Punca kejadian dan jumlah kerugian sedang disiasat. - Awani


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!