Lima maut bangunan sekolah runtuh

Memandangkan sekolah masih dalam pembinaan, tiada pelajar yang hadir ketika kemalangan itu berlaku. - Foto EPA
Memandangkan sekolah masih dalam pembinaan, tiada pelajar yang hadir ketika kemalangan itu berlaku. - Foto EPA
A
A
A

BRUSSELS - Lima pekerja pembinaan maut selepas sebuah tapak bangunan sekolah runtuh di bandar Antwerp, Belgium.

Sebahagian bangunan itu tiba-tiba runtuh pada petang Jumaat, namun puncanya masih tidak diketahui, menurut media tempatan.

Pasukan bomba dan penyelamat berjaya mengeluarkan dua mayat terakhir dari runtuhan pada Sabtu, menyaksikan semua mangsa yang hilang kini sudah ditemui.

Menurut polis kepada media tempatan, dua daripada mangsa berasal dari Portugal dan Romania.

Runtuhan turut mengakibatkan sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya masih dalam rawatan rapi namun tidak kritikal, ciap Jabatan Bomba Belgium di Twitter.

Anggota bomba dibantu pasukan penyelamat pertahanan awam menggunakan anjing dan dron dalam pencarian mangsa yang terselamat.

Memandangkan sekolah masih dalam pembinaan, tiada pelajar yang hadir ketika kemalangan itu berlaku.

Kesemua mangsa yang maut adalah subkontraktor bagi firma pembinaan Democo, lapor agensi berita Belga.

Artikel Berkaitan:

Pengarah urusan syarikat itu, Frederik Bijnens memberitahu siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan. - Agensi