Peserta PKKI bakal nikmati diskaun tambang pengangkutan

Zuhairi
Zuhairi
A
A
A

KUANTAN - Peserta Program Kebajikan dan Khidmat Imigran (PKKI) bakal menikmati diskaun tambang perkhidmatan transit aliran ringan (LRT), monorel dan bas Rapid.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka), Datuk Zuhairi Ab. Kadir berkata, pihaknya sudah menghantar surat permohonan berhubung perkara itu kepada Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk dipertimbangkan.

“Kita akan tunggu maklum balas daripada pihak Prasarana berhubung permohonan itu.

“Tapi kita harapkan Prasarana dapat timbangkan pemberian diskaun yang munasabah dan menyokong usaha itu.

“Ini kerana sebahagian besar masyarakat antarabangsa merupakan pengguna dan penyumbang ekonomi kepada pengangkutan awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehingga kini terdapat 37,200 peserta yang berdaftar PKKI.

Dalam pada itu, Zuhairi memberitahu Peka dapat mewajibkan setiap peserta PKKI menjadi pengguna tetap perkhidmatan pengangkutan Prasarana.

Jelasnya, Peka bersedia mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Prasarana bagi membolehkan pemberian diskaun itu dilaksanakan.

Artikel Berkaitan: