X

Kindly register in order to view this article
!

'Biar jawatankuasa pertandingan buat keputusan'

Windsor Paul
A
A

KONFEDERASI Bola Sepak Asean (AFC) menyerahkan kepada pihak jawatankuasa pertandingan AFC untuk membuat keputusan akhir setelah Singapura mengumumkan untuk diri daripada menjadi venue tuan rumah bagi aksi Kumpulan H dan I saingan Piala AFC Zon Asean baru-baru ini.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata, hanya pihak jawatankuasa berkenaan mampu untuk membuat keputusan samada untuk meneruskan, menunda atau membatalkan terus saingan bagi kedua-dua kumpulan bagi edisi Piala AFC Zon Asean kali ini.

“Setelah Singapura mengumumkan untuk menarik diri daripada menjadi tuan rumah bagi perlawanan-perlawanan kumpulan H dan I, kita telah buka semula tawaran kepada negara-negara terlibat untuk menjadi tuan rumah.

“Malangnya, tiada negara yang menyatakan kesediaan untuk menjadi tuan rumah bagi kedua-dua kumpulan berkenaan.

“Oleh itu, kita serahkan kepada pihak jawatankuasa pertandingan untuk buat keputusan akhir dan keputusannya dijangka diketahui minggu depan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.

Pengumuman Singapura untuk menarik diri daripada menjadi tuan rumah selain keengganan beberapa negara yang tidak bersedia untuk menjadi tuan rumah bakal menyaksikan dua wakil negara, Kedah Darul Aman FC (KDAFC) yang beraksi dalam Kumpulan H selain Terengganu FC (Kumpulan I), berkemungkinan tidak dapat beraksi daripada saingan Piala AFC kali ini.

Untuk rekod, Kedah FC berada dalam kumpulan H bersama Lion City Sailors (Singapura), Saigon FC (Vietnam) dan Persipura Jayapura (Indonesia) manakala Terengganu FC berada dalam kumpulan I bersama Geylang International FC (Singapura), Kaya FC–Iloilo (Filipina), dan wakil Myanmar, Shan United FC atau Ayeyawady United FC.

Difahamkan, Singapura membuat keputusan berkenaan (tarik diri), berikutan peningkatan kes Covid-19 di negara berkenaan, ketika ini.

Sementara itu, Windsor Paul juga tidak menolak kemungkinan saingan bagi kedua-dua kumpulan berkenaan terpaksa dibatalkan sekiranya pihak jawatankuasa memutuskan untuk meneruskan saingan kelak.

“Pembatalan bagi saingan ini pernah berlaku, apabila kita batalkan kesemua pusingan kelayakan bagi kesemua pasukan Asia.

“Setakat ini kita telah selesai untuk aksi saingan bagi zon timur, zon tengah dan zon barat. Zon Asean dan juga zon selatan kita tidak dapat habiskan kerana tidak ada venue,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!