ASTAF tarik semula lantikan pegawai PSM

Abdul Halim
Abdul Halim
A
A
A

PERSEKUTUAN Sepaktakraw Asia (ASTAF), membuat keputusan untuk menarik semula pelantikan lapan pegawai yang pernah terlibat dengan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), sebelum badan induk sepak takraw negara itu digantung.

Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Abdul Kader berkata, penarikan semula pelantikan itu dibuat berikutan krisis PSM yang kini sedang diselesaikan dengan cermat dan teliti oleh pihak Pesuruhjaya Sukan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“ASTAF sedang memerhati dengan teliti, pelbagai perkembangan penyelesaian krisis PSM yang mungkin akan melibatkan individu-individu berkenaan.

“Oleh itu, keputusan ini (penarikan semula pelantikan) penting bagi memastikan tiada implikasi undang-undang atau (keputusan) berat sebelah apabila penyelesaian tersebut mungkin akan melibatkan mereka (individu-individu berkenaan), kelak.

“Ini disebabkan, kami mahu agar penubuhan entiti baharu PSM menjadi kenyataan terlebih dahulu dan beri peluang kepada saya untuk mengenali lebih ramai lagi pemimpin sepak takraw untuk dibawa ke ASTAF serta Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF),” katanya menerusi satu kenyataan kepada Sukan Sinar pada Sabtu.

Menerusi kenyataan media berkenaan Abdul Halim mendedahkan tujuh pegawai yang terlibat dengan PSM (sebelum badan induk itu digantung) adalah seperti Naib Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan ASTAF, Syed Azmir Syed Ahmad, Naib Pengerusi Jawatankuasa Teknikal ASTAF, Tengku Adnan Tengku Bahanudin, Anggota Jawatankuasa Teknikal, ASTAF, Syed Hussain Syed Abu Bakar, Anggota Jawatankuasa Kejurulatihan, ASTAF, Mohd Ghazali Bidin, Timbalan Setiausaha, Jawatankuasa Pengadil ASTAF, Zubir Bin Shaari, Naib Pengerusi, Jawatankuasa Pengadil, ASTAF, Rohaizad Ismail, Timbalan Setiausaha, Jawatankuasa Wanita, ASTAF, Zaifilla Farina Zainuddin dan Penolong Setiausaha Jawatankuasa Pengadil, ASTAF, Tengku Shahrir Tengku Dahlan, Abdul Ghani Zainun, JAwatankuasa Pengadil, ASTAF

Dalam masa sama, Abdul Halim berkata, ASTAF turut berhasrat untuk menarik lebih ramai rakyat di negara khususnya yang memiliki kepakaran serta berpengalaman luas dalam bidang perundangan sukan, etika dan integriti, perakaunan, pentadbiran dan strategik dalam usaha membawa sepaktakraw ke peringkat Olimpik dalam masa terdekat ini.

"Apa pun, ASTAF berharap penubuhan entiti baharu Persekutuan Sepaktakraw Malaysia menjadi kenyataan terlebih dahulu dan beri peluang kepada kami untuk mengenal lebih ramai lagi pemimpin sepaktakraw Malaysia yang akan dikenal pasti untuk di bawa ke ASTAF dan ISTAF.

Artikel Berkaitan:

"Sejak 20 tahun yang lepas, berpuluh ahli PSM dan badan gabungannya dari setiap negeri negeri telah diketengahkan untuk memberikan perkhidmatan dan kepakaran dalam bidang pengadilan dan perjurian, teknikal dan operasi pertandingan bagi Sukan SEA, Sukan Asia, Asian Indoor Games, Kejohanan Sepaktakraw Dunia dan ISTAF World Cup.

"Langkah ini pastinya akan meletakkan nama negara Malaysia di peta ISTAF dan ASTAF untuk sentiasa dihormati dan disegani dari segi permainan yang dilestarikan oleh pemain yang mampan dan bekas pemain kebangsaan yang membawa pulang berpuluh pingat emas dengan berani menentang Thailand. Myanmar Indonesia, Singapura, Korea dan India," katanya.