X

Kindly register in order to view this article
!

Juara dunia nyaris dimalukan Hungary

Pemain Hungary meraikan kejayaan mengikat Perancis 1-1 di Puskas Arena, malam tadi.
A
A

PERANCIS hampir ‘diaibkan’ pada Euro 2020 apabila diikat 1-1 oleh Hungary pada aksi Kumpulan F di Puskas Arena, Budapest malam tadi.

Bermula garang dan mendominasi perlawanan sebaik wisel permulaan skuad Les Bleus itu dilihat melancarkan beberapa serangan ke kubu Hungary menerusi beberapa percubaan jentera serangan Les Bleus itu yang diterajui Karim Benzema, Antoine Griezman, Paul Pogba, Kylian Mbappe dan Oliver Giroud yang dilihat gagal menepati sasaran.

Bagaimanapun hasil satu serangan balas, Hungary yang dilihat lebih banyak bertahan pada babak pertama berjaya membuka jaringan menerusi Attila Fiola pada masa kecederaan babak pertama.

Perancis terus hebat mengasak pada babak kedua dan sekali lagi hampir menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-59, namun rembatan pemain gantian Ousmane Dembele sekadar menggegarkan tiang gol sebelum Antoine Griezman menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-66.

Gol itu semakin menyemarakkan semangat skuad Les Bleus untuk terus mengasak ke gawang lawan dalam usaha menambah jaringan, namun tiada sebarang jaringan berjaya dihasilkan hingga ke wisel penamat.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!