PJ prihatin komuniti sejahtera tema 15 tahun MBPJ

No Image Caption
A
A
A

Merentas masa dari tarikh bersejarah 20 Jun 2006, merupakan detik penuh bermakna bagi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang dinaik taraf statusnya daripada perbandaran ke bandar raya.

Mengisi pembangunan Petaling Jaya yang mula dibuka pada tahun 1952, bandar raya bertuah ini mengalami evolusi pembangunan fi zikal, sosial dan ekonomi yang amat pesat sehingga kini.

Di sebalik pembangunan dan pencapaian cemerlang selama ini, MBPJ tidak pernah sunyi dengan pelbagai cabaran dalam tadbir urus bandar raya.

MBPJ berhasrat agar pembangunan ini dapat dimanfaatkan oleh semua golongan tanpa meminggirkan sesiapa.

Sempena ulang tahun perisytiharan ke-15 pada tahun ini, bertemakan PJ Prihatin Komuniti Sejahtera, MBPJ menzahirkan inisiatif sosial yang telah dilaksanakan sejak saban tahun menerusi pelaksanaan pelbagai program memperkasa komuniti.

Pembangunan dan inisiatif ini sejajar dengan Pelan Strategik MBPJ 2021-2025 dan berpandukan 17 elemen Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals), Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (UN, SDG).

Artikel Berkaitan:

PPKB jana pendapatan ibu tunggal & lindungi alam sekitar
PPKB jana pendapatan ibu tunggal & lindungi alam sekitar

RM4.7 juta diperuntukkan bagi program pemerkasaan komuniti antaranya: aktiviti Geran Komuniti PJ, Bandar Raya Pintar, Mampan dan Berdaya Tahan, Pembasmian Kemiskinan Bandar, promosi pasar dan gerai, Pasukan Keselamatan Kejiranan Petaling Jaya, Pemerkasaan remaja dan orang kurang upaya (OKU).

Penumpuan khusus perkhidmatan teras pengurusan bandar raya iaitu kemudahan dan infrastruktur awam, sisa pepejal, kebersihan, pengindahan bandar, pelesenan dan penguatkuasaan serta keharmonian komuniti melalui landasan Majlis Perwakilan Penduduk turut diberi tumpuan.

Sumbangan Khas

Sempena Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya yang ke-15 pada 20 Jun 2021, sumbangan bakul makanan melalui bantuan PJ City Foodbank kepada golongan miskin bandar iaitu keluarga golongan B40, Orang Kurang Upaya (OKU) dan anak-anak yatim akan dilakukan.

Sumbangan kecemerlangan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang 5A dan ke atas dalam Sijil Pelajaran Malaysia untuk B40 yang terpilih di lima buah sekolah angka turut dilaksanakan.

Majlis juga akan menyampaikan sumbangan dan bantuan berbentuk wang tunai dan keperluan asas kepada 79 kakitangan Majlis yang disahkan positif Covid-19 (rekod sehingga hari ini) dan yang sedang menjalani perintah kuarantin oleh pihak berkuasa.

Bandar Raya Pintar, Mampan Dan Berdaya Tahan

Dalam usaha menjadikan Petaling Jaya ke arah menjadi bandar raya lebih sejahtera, makmur dan berdaya huni berdasarkan pelan strategik PJ Smart Sustainable & Resilient 2030 (PJSSR 2030), Majlis telah melaksanakan beberapa program dan projek utama meliputi pelan berikut:

Bandar Raya Pintar

Bandar Raya Rendah Karbon

Bandar Raya Selamat

Anugerah Komuniti Mampan

Pelan Induk Pengangkutan

Pelan Induk Pengindahan

Penghijauan Bandar serta Penyediaan Rancangan Pemajuan dan Kawalan Perancangan

Pelan strategik ini menerapkan elemen lokalisasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) yang dirangka oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

Lokalisasi Agenda 2030 dengan 17 SDGs dilaksanakan melalui penggubalan dasardasar perancangan dan pembangunan, pelaksanaan program-program dan projek-projek utama Majlis.

PERKHIDMATAN BAS PERCUMA - PJ CITY BUS

Memulakan operasi pada 14 Mei 2014. Terdapat 6 Laluan utama di sekitar Petaling Jaya yang melibatkan 26 bas beroperasi ketika ini. Majlis juga turut menyediakan dua bas khusus untuk pelajar sekolah.

BEG KARUNG KITAR

Beg Karung Kitar merupakan salah satu projek Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB). Projek ini pernah dinobatkan sebagai Johan Ketegori Inovasi Sosial (Penciptaan) dan Projek Hibrid Terbaik di Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor 2017.

GERAN KOMUNITI - PJ SEED

Dilancarkan pada 4 Mac 2019 untuk tingkatkan prestasi Majlis dalam usaha mencapai visi PJSSR 2030. Meluluskan sebanyak 93 projek dengan peruntukan RM1.45 juta.

Agihan makanan menerusi PJ City Food Bank salah satu inisiatif MBPJ sejak tahun 2012.
Agihan makanan menerusi PJ City Food Bank salah satu inisiatif MBPJ sejak tahun 2012.

PJ CITY FOOD BANK

Bermula sejak Oktober 2012, mengagihkan ‘makanan berlebihan’ yang disumbangkan oleh syarikat swasta kepada golongan yang memerlukan.

KEBUN BANDAR

Memaksimumkan penggunaan tanah terbiar dengan menggalakkan aktiviti penanaman yang dapat menjana hasil.

PKKPJ (PROGRAM KESELAMATAN KEJIRANAN PETALING JAYA)

Pada tahun 2020, 154 persatuan diberi peruntukan sebanyak RM3,000 untuk kegunaan kegunaan khas dan keperluan berkaitan keselamatan komuniti.

LIFELONG LEARNING (PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT)

Tersenarai bagi 10 bandar di dunia yang menerima Anugerah Bandar Pembelajaran Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) 2019.

TUISYEN RAKYAT

Program percuma untuk membantu keluarga berpendapatan RM2,000 ke bawah.

PJ ECO RECYCLING PLAZA

Pusat Sehenti 3R di SS8 paling lengkap di Malaysia. Pada masa kini, Plaza ini hanya beroperasi sebagai pusat kutipan barangan kitar semula serta rawatan sisa makanan dan styrofoam.

MESRA OKU

Menyediakan 2 buah Van transit secara percuma.

240 petak parking di seluruh Petaling Jaya.

Memperkenal Pelekat Kenderaan OKU sejak tahun 2012.

Perkhidmatan PJ City Bus bercirikan ‘Universal Design’.

Kemudahan aksesibel seperti dewan, taman, hub pengangkutan (perhentian bas).

PERKHIDMATAN ATAS TALIAN

29 perkhidmatan disediakan untuk kemudahan berurusan (https://embpj.mbpj.gov.my/).

Antaranya, Sistem Aduan Online, eCommerce Karung Kitar, Sistem eLesen, eMBPJ, eTempahan, MyPark, eCOreloved, eCOB, OSC Online, eBuilding MBPJ, Tender Online Selangor, ePay@MBPJ, ILMU, eTender, Smart PJ Enforcement, eCukai@MBPJ, Bazar@PJKITA, Smart Selangor Parking dan aplikasi PJ City Bus.

MBPJ alami evolusi pembangunan fi zikal, sosial dan ekonomi yang amat pesat.
MBPJ alami evolusi pembangunan fi zikal, sosial dan ekonomi yang amat pesat.

Anugerah & Pengiktirafan

Special Recognition for The Project Segar Tani@Damai Setia Under The Malaysia GPM

Sustainability Recognition Awards 2020.

Special Recognition for The Project Kebun Kita@Jabatan Landskap PJ Under The Malaysia GPM Sustainability Recognition Awards 2020.

Special Recognition for The Project Kebun Kita@Dataran Anak Muda PJ Under The Malaysia GPM Sustainability Recognition Awards 2020.

Penarafan Diamond Rating untuk Menara MBPJ program SEDA Malaysia Sustainable Low Carbon Buildings Assesment Greenpass Operation.

Penarafan Diamond Rating untuk Bangunan Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya program SEDA Malaysia Sustainable Low Carbon Buildings Assesment Greenpass Operation.

Tempat Pertama di Malaysia untuk Kategori Bandaraya Bagi Penghargaan Bandar Mampan Berdasarkan Pengukuran Bandar Mampan MURNInets Sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar

Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2020.

Penarafan 5 Bintang Majlis Penganugerahan Bintang Penyampaian Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan.

UNESCO Learning City Award 2019.

The Malaysia Book of Records for being the First to Receive “UNESCO Learning City Award”.

Honour Award Government Agencies Category Green Initiatives Award Soup Kitchen @Petaling Jaya Malaysia Landscape Architecture Awards 2018.

5 Bintang Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Tahun 2018, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Gold Class 2 Award For Very Good 2018 OSH Performance, Malaysian Society For Occupational Safety and Health.

Two Diamond Rating, SEDA Malaysia Sustainable Low Carbon Building Assessment Greenpass Operation.

Anugerah Amalan Terbaik Pengurusan Nilai Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Diamond Recognition For The Redevelopment of Seksyen 13, Petaling Jaya.

Recognition Of Commitment To Reduce Their Carbon Emission Under The Low Carbon Cities 2030 Challenge, Pusat Bandar Petaling Jaya.

Recognition Of Commitment To Reduce Their Carbon Emission Under The Low Carbon Cities 2030 Challenge, Seksyen 13.

Anugerah 5 Bintang (100% KPI HRMIS Tahun 2018).

Juara National Scroll of Honour Award for Human Settlements dalam “PJ Smart Centre Waste Management Dashboard”, Majlis Hari Habitat Sedunia Peringkat Malaysia 2019.

Anugerah Emas Green Data Center.

Anugerah Gold Kategori Community And Neighbourhood Park PJKita Toy Library @ Damansara Damai.

Gold Kategori Indoor Public Space (Public Facilities) PJKita Community Library

#PJPrihatinKomunitiSejahtera

#UlangtahunPJke15