Tiga beradik daki bukit untuk dapat internet ikuti PdPR

Tiga beradik Dona Fiona David, 17, Richie Declare, 11 dan Falesia Brisha, 7, akan memulakan perjalanan kaki seawal jam 7 pagi ke kawasan bukit yang terletak kira-kira dua kilometer dari kampung mereka di Kopozon Gana di sini semata-mata untuk mendapatkan isyarat perkhidmatan internet.
Tiga beradik Dona Fiona David, 17, Richie Declare, 11 dan Falesia Brisha, 7, akan memulakan perjalanan kaki seawal jam 7 pagi ke kawasan bukit yang terletak kira-kira dua kilometer dari kampung mereka di Kopozon Gana di sini semata-mata untuk mendapatkan isyarat perkhidmatan internet.
A
A
A

PAPAR - Keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kakak mereka membakar semangat tiga beradik untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga sanggup mendaki bukit hampir setiap hari mendapatkan isyarat perkhidmatan internet untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Tiga beradik berkenaan Dona Fiona David, 17, Richie Declare, 11 dan Falesia Brisha, 7, akan memulakan perjalanan kaki seawal jam 7 pagi ke kawasan bukit yang terletak kira-kira dua kilometer dari kampung mereka di Kopozon Gana di sini semata-mata untuk mendapatkan isyarat perkhidmatan internet.

Mereka kebiasaannya memulakan PdPR seawal jam 8 pagi dan mereka nekad untuk melakukan terbaik bagi menjejaki langkah kakak mereka Debra Penny David, 18, yang memperoleh keputusan 7A dalam SPM baru-baru ini.

Dona Fiona berkata, mereka tiga beradik kebiasaannya akan ditemani bapa mereka, David Lamaris, 57, dan ibu Rosalia Onlon, 46, serta menghabiskan masa sehingga lewat petang sekiranya cuaca baik untuk menghantar kerja sekolah.

"Rasa putus asa memang ada, rasa macam saya malas sudah mahu ikut PdPR tapi lepas saya nampak keputusan kakak, saya pun rasa mahu macam dorang, kalau setiap kali PdPR kami mesti naik di sini untuk hantar tugasan paling kurang satu minggu tiga kali," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Rosalia berkata, anak-anaknya terpaksa untuk ke bukit berkenaan kerana hanya kawasan itu mempunyai isyarat internet yang baik.

"Memang di sini saja yang ada isyarat internet, mula-mula kami penoreh getah di sini... jadi kami suka-suka tengok macam mencari-cari line... tiba-tiba di sini ada isyarat penuh... jadi dorang berfikir mahu belajar di sini, sebab itulah kami buka pondok, dahulu kami menoreh getah tiada pondok," katanya.

David berkata, disebabkan hanya bukit berkenaan mempunyai isyarat internet yang baik, mereka telah membersihkan kawasan berkenaan, malah lebih ramai pelajar lain di kampung itu yang datang ke sini untuk mengikuti PdPR

Artikel Berkaitan:

"Budak-budak ramai datang ke bukit berkenaan sejak PKP pertama kerana bukit berkenaan mempunyai isyarat internet yang baik dan ia berlarutan sehingga hari ini," katanya. - Bernama