Perancah besi lebuh raya runtuh, dua cedera

Perancah besi di sebuah lebuh raya yang sedang dalam proses pembinaan di Sungai Buloh-Kota Damansara dilaporkan runtuh pada petang Sabtu.
Perancah besi di sebuah lebuh raya yang sedang dalam proses pembinaan di Sungai Buloh-Kota Damansara dilaporkan runtuh pada petang Sabtu.
A
A
A

SUNGAI BULOH - [DIKEMASKINI] Perancah besi di sebuah lebuh raya yang sedang dalam proses pembinaan di Sungai Buloh-Kota Damansara dilaporkan runtuh pada petang Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, kejadian runtuhan itu dilaporkan pada jam 7.14 petang sebelum pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh tiba di lokasi jam 7.27 petang.

Menurutnya, dua warga Bangladesh yang sedang bekerja di bawah tapak pembinaan setinggi 12 meter itu mengalami cedera ringan akibat terkena serpihan runtuhan tersebut.

"Kesemua mangsa berusia dalam lingkungan 20 hingga 40an itu telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh menaiki ambulans," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Katanya, tiada mangsa lain terlibat dalam insiden tersebut dan operasi tamat pada jam 7.34 petang.

Artikel Berkaitan: