Lima anggota HM4P selamat tiba di Jordan

Lima anggota Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) yang selamat tiba di Amman, Jordan.
Lima anggota Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) yang selamat tiba di Amman, Jordan.
A
A
A

SHAH ALAM - Lima anggota Humanitarian Mission 4 (HM4P) diketuai Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim selamat tiba di Amman, Jordan.

Abdul Azeez berkata, esok beliau akan menyampaikan sumbangan kewangan daripada UMNO kepada Tabung Al-Aqsa yang akan diterima oleh Menteri Awqat dan Hal Ehwal Agama Jordan, Dr Mohammad Al-Khalaileh.

“Sumbangan tersebut akan digunakan untuk membaik pulih masjid yang dilaporkan mengalami kerosakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Misi yang berlangsung selama dua minggu itu bertujuan menyatakan solidariti rakyat Malaysia dan UMNO kepada warga Palestin di Tebing Barat dan Gaza yang diserang rejim Israel bulan lalu.

Misi HM4P juga dijadualkan menghantar bantuan kemanusian dan memasuki wilayah konflik Gaza melalui sempadan Rafah yang dikuasai Mesir minggu depan, bagaimanapun ia tertakluk kepada kelulusan daripada pihak keselamatan Mesir.

Pasukan HM4P turut disertai Timbalan Pengerusi BUKM, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya dijadualkan berlepas ke Mesir pada Selasa ini untuk bergabung dengan lapan anggota pasukan recce HM4P yang berlepas dari kuala lumpur ke Kaherah malam ini.

Serangan rejim zionis Israel selama 11 hari ke atas Gaza yang berakhir dengan gencatan senjata pada 21 Mei lalu menyaksikan lebih 250 warga Palestin maut dan lebih 1,900 cedera serta 77,000 hilang tempat tinggal.

Misi HM4P itu turut dijadualkan menyampaikan sumbangan makanan secara terus kepada pelarian Palestin di Jordan.

Artikel Berkaitan: