X

Kindly register in order to view this article
!

Badan Peguam Negara, UNHCR bantu pelarian, pencari suaka

Gambar hiasan
A
A

SHAH ALAM - Badan Peguam Negara bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk membantu pelarian dan pencari suaka di negara ini.

Presidennya, AG Kalidas Krishnan Gnanaprakasam berkata, ini kerana masih ramai pelarian yang belum menerima suntikan vaksin dan mereka berisiko tinggi untuk dijangkiti virus berkenaan kerana kesusahan hidup.

“UNHCR bersedia untuk memberikan sokongan kepada kerajaan dalam menangani Covid-19, termasuk pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 terhadap golongan tersebut.

“Ini termasuk membantu mencari pelarian dan pencari suaka melalui usaha komunikasi yang berkesan serta penglibatan masyarakat yang bersesuaian dengan rancangan penyediaan vaksin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“UNHCR turut memberi bantuan menterjemah poster maklumat berkaitan vaksin dan fail audio ke dalam 11 bahasa yang biasa digunakan golongan berkenaan (pelarian),” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Kalidas berkata, laporan mengenai serbuan yang dilakukan oleh penguat kuasa ke atas golongan terbabit bagi tujuan mencegah penularan Covid-19 sebenarnya boleh mempercepatkan proses tersebut berlaku.

“Pelarian dan pencari suaka sering berada di bawah operasi pemantauan pihak berkuasa dan menyebabkan mereka terdedah dengan penangkapan dan pengusiran.

“Komuniti ini terpaksa memperjuangkan diri mereka sendiri dan keluarga tanpa perlindungan undang-undang sehingga mereka boleh dieksploitasi terutamanya dalam tempoh penularan Covid-19,” katanya.

Jelasnya, Malaysia telah menempatkan sejumlah besar pelarian dan pencari suaka di mana berdasarkan statistik UNHCR terdapat seramai 179,570 orang pelarian dan pencari suaka yang berdaftar di negara ini.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!