718 individu ditahan ingkar SOP


Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 718 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 pada Jumaat dengan 663 daripadanya dikompaun, 49 direman manakala enam lagi individu dijamin.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan yang tertinggi direkodkan pada Jumaat ialah gagal merekod butiran diri dan daftar masuk premis iaitu sebanyak 148 kesalahan diikuti tidak memakai pelitup muka (132)

“Kesalahan rentas negeri, daerah tanpa kebenaran dan makan di premis pula sebanyak 122 kes, tiada penjarakan fizikal (103), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (78), membawa penumpang berlebihan (53), premis gagal patuhi arahan (12), akktiviti pusat hiburan (dua) dan lain-lain (68),” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan melalui Operasi Benteng (Ops Benteng) pada Jumaat telah menangkap seramai 58 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan berjaya merampas tiga buah kenderaan darat serta tiga buah bot dan kapal.

Selain itu, katanya, sebanyak 21 buah bot dan kapal turut dikesan di perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan yang dilakukan.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan Anggota Penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah membuat sebanyak 123 pemeriksaan tapak binaan di seluruh negara pada Jumaat.

“Hasil pemeriksaan mendapati, 19 tapak binaan beroperasi manakala 104 lagi tidak beroperasi dan dalam pemeriksaan itu, CIDB mendapati 13 tapak binaan mematuhi SOP manakala enam lagi diarahkan tutup,” katanya.

Artikel Berkaitan: