X

Kindly register in order to view this article
!

Sedia 'hotline', sukarelawan bantu daftar suntikan vaksin Covid-19

Pengerusi DAP Kedah,Tan Kok Yew (kanan) membantu penduduk membuat pendaftaran suntikan vaksin di PPV sekitar bandaraya Alor Setar pada Jumaat.
A
A

ALOR SETAR - DAP Kedah menyediakan 36 talian hotline dan sukarelawan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membantu rakyat Kedah mendaftar untuk suntikan vaksin Covid-19 melalui kempen Kami Bantu Anda Daftar Vaksin.

Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew berkata, pihaknya mengajak rakyat Kedah supaya mendaftar untuk divaksinasi melalui kempen itu berikutan menyedari statistik individu mendaftar dan menerima suntikan masih rendah.

Katanya, jumlah individu didapati mendaftar setakat jam 12 tengah malam Jumaat di Kedah hanya 870,599 orang atau 56.5 peratus dan yang telah menerima suntikan vaksin cuma 213,534 orang bersamaan 13.9 peratus sahaja.

"Menyedari statistik ini masih terlalu rendah dan jauh berbanding sasaran imuniti kelompok iaitu 80 peratus populasi penduduk divaksinasi, DAP Kedah mengambil inisiatif mempergiatkan usaha mengajak seramai mungkin rakyat dan penduduk Kedah mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19.

"Kini, kami menyediakan 36 talian hotline dan sukarelawan di setiap DUN untuk membantu rakyat Kedah membuat pendaftaran suntikan vaksin Covid-19," katanya menerusi aplikasi Zoom sempena Majlis Pelancaran Kempen Kami Bantu Anda Daftar Vaksin pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Kok Yew memberitahu, sebelum ini, pihaknya menggerakkan sukarelawan membuka kaunter pendaftaran vaksin Covid-19 di seluruh negeri pada awal April lalu.

Tambah beliau, bagaimanapun, tindakan itu tidak dapat diteruskan dan terpaksa dihentikan seketika susulan pelaksananaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu sukarelawan dihantar ke beberapa lokasi termasuk pusat pemberian vaksin (PPV) di sekitar bandar raya Alor Setar bagi membantu petugas-petugas di PPV sedia ada.

Tambah beliau, langkah membantu rakyat Kedah mendaftar ini juga adalah selari dengan ketetapan Konvensyen Biasa DAP Kedah yang berlangsung pada 20 Mac lalu.

"Sehubungan itu, mereka berdepan masalah tiada capaian internet atau pergerakan terbatas untuk pergi mendaftar di pusat-pusat kesihatan berhampiran bolehlah menghubungi talian hotline dan sukarelawan yang disediakan," katanya.

Menurutnya, sasaran 80 peratus populasi penduduk Kedah divaksinasi mahu atau tidak mahu ia perlu kita capai segera bagi memastikan sektor ekonomi berkembang maju dan negeri pulih semula.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!