Terengganu lancar T-VOLT hadapi bencana

Ahmad Samsuri (tengah) ketika gimik perasmian Himpunan Belia dan Beliawanis Terengganu 2019 (Hebat 2019) dan Pelancaran Program Kesukarelawan Terengganu (T-VOLT) di Stadium Negeri Terengganu, malam tadi.

A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri menubuhkan Program Kesukarelawan Terengganu (T-VOLT) sebagai persediaan untuk berdepan dalam sebarang bentuk bencana.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penubuhan pasukan itu adalah inisiatif pertama kerajaan negeri bagi berdepan kejadian tidak diingini.

"T-VOLT akan digerakkan apabila berlaku apa jua bencana sama ada kecil atau besar di Terengganu.

"Kita tak minta apa jua bencana daripada berlaku, namun, ini sebagai persediaan dan persiapan awal," katanya.

Pelancaran rasmi pasukan sukarelawan itu dilakukan sempena Himpunan Belia dan Beliawanis Terengganu 2019 (Hebat 2019) dan Pelancaran Program Kesukarelawan Terengganu (T-VOLT) di Stadium Negeri Terengganu, malam tadi.

Artikel Berkaitan: