Inisiatif Kementerian Pertahanan wujud Hospital Medan dipuji

Ismail Sabri meninjau keadaan Hospital Medan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, pada Ahad.
Ismail Sabri meninjau keadaan Hospital Medan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memuji inisiatif kreatif Kementerian Pertahanan membantu kerajaan dalam usaha menangani krisis pandemik Covid-19 yang semakin serius termasuk inisiatif menampung kapasiti fasiliti kesihatan awam yang semakin maksimum.

Perkara itu diakui Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Datuk Sharuddin Omar yang melihat kementerian di bawah pimpinan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil langkah proaktif dalam menyesuaikan segala aset dan kepakaran ATM dalam mengurangkan kesesakan hospital-hospital awam.

Jelas beliau, inisiatif itu dapat dilihat menerusi tindakan kementerian bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia membina tambahan beberapa lagi hospital medan selain yang sudah sedia beroperasi.

"Menteri Pertahanan jelas mengambil kira kemampuan ATM mewujudkan hospital medan dan saya percaya setiap tempat dicadangkan itu amat bersesuaian terutama kawasan pedalaman yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi dan mereka sukar keluar ke bandar.

"Perkara di hasrat beliau melalui inisiatif kementerian juga merupakan tindakan cukup baik bagi membantu kerajaan dan negara secara menyeluruh dan usaha menangani pandemik semakin memburuk," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sehingga kini, Kementerian Pertahanan sudah mengusahakan enam hospital medan yang sudah beroperasi terletak di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Serdang; Kapit, Sarawak; Pokok Sena, Kedah; Kepala Batas, Pulau Pinang; Tawau, Sabah dan terbaharu di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Sementara itu, Sharuddin turut menjelaskan penglibatan Kementerian Pertahanan secara menyeluruh telah memberikan sumbangan besar dalam menghadapi ancaman negara.

Datuk Sharuddin Omar
Datuk Sharuddin Omar

Artikel Berkaitan:

"Tugas pasukan keselamatan bukan sahaja untuk berperang melawan musuh tetapi sentiasa bersedia mempertahankan serangan dalaman,"katanya.

Dalam pada itu, bekas Ketua Cawangan Provos Marsyal Tentera Udara Malaysia (TUDM), Kapten (B) Abdul Rahmat Omar berkata, sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 hingga kini, pelbagai bantuan telah disalurkan terutamanya kepada bekas tentera yang terkesan akibat pandemik terutamanya melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

Ujarnya, walaupun Ismail Sabri tidak sempat mengenali ATM secara mendalam semasa mengambil alih tugas kerana terpaksa tumpukan perhatian terhadap pandemik, namun kebajikan bekas tentera tetap terjaga.

Berkenaan cadangan Ismail Sabri untuk penambahan enam buah hospital medan ATM selain enam yang sedia ada, katanya, ia merupakan langkah baik dalam usaha memerangi pandemik.

"Hal ini memandangkan ATM mempunyai pakar-pakar perubatannya tersendiri dan sudah tentu dapat meringankan beban Kementerian Kesihatan.

"Kalau ada penambahbaikan yang boleh saya cadangkan, elok sekiranya Veteran ATM dibenarkan untuk mendaftar dengan hospital dan rumah sakit ATM di seluruh negara untuk menerima vaksin kerana ramai yang sudah berumur dan mempunyai penyakit komorbiditi. Ini secara langsung dapat mempercepatkan kadar vaksinasi di negara kita," katanya.