Air Selangor sedia tangki statik untuk kemudahan 'frontliners'

Tangki statik yang ditempatkan di kawasan PKPD Kampung Sungai Penchala bagi kegunaan petugas barisan hadapan.
Tangki statik yang ditempatkan di kawasan PKPD Kampung Sungai Penchala bagi kegunaan petugas barisan hadapan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyediakan lapan tangki statik untuk kegunaan petugas barisan hadapan di lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Sungai Penchala sejak 10 Jun lalu.

Air Selangor menerusi kemas kini di Facebooknya memaklumkan, tangki dengan kapasiti 500 gelen itu akan ditempatkan di kawasan berkenaan hingga 23 Jun depan.

Menurut kenyataan itu, bantuan tersebut sebagai tanda sokongan Air Selangor kepada petugas barisan hadapan.

"Ia bagi kegunaan menjaga kebersihan diri terutamanya perlu kerap mencuci tangan bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 di kawasan berisiko tinggi ini," kata kenyataan itu pada Sabtu.

Kata kenyataan itu, bantuan sama turut disalurkan kepada petugas barisan hadapan di beberapa lokasi sekatan jalan raya.

"Selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP), marilah bersama kita menjaga kebersihan diri dan gunakan air secara berhemat," katanya.

Sebanyak tiga lokasi di Kampung Sungai Penchala dikenakan PKPD iaitu Jalan Sungai Penchala 11, Jalan Sungai Penchala 12 dan Jalan Sungai Penchala 12(A) berkuat kuasa 10 Jun sehingga 23 Jun 2021.

Artikel Berkaitan: