X

Kindly register in order to view this article
!

Copa America: Solidariti pacu kemenangan Argentina

Lionel Messi, antara watak penting pencetus kemenangan Argentina menentang Uruguay.
A
A

PENGENDALI Argentina, Lionel Scaloni menegaskan kemenangan 1-0 ke atas Uruguay merupakan manifestasi La Albiceleste terhadap perlawanan pembukaan peringkat kumpulan Copa America sebelum ini.

Menurut Scaloni, skuad kendaliannya itu ketika menentang Chile memiliki karakter untuk memenangi perlawanan tersebut, namun dikecewakan ketumpulan penyudah selain ketangkasan penjaga gol La Roja, Claudio Bravo.

“Argentina sewajarnya memenangi perlawanan menentang Chile sebelum ini, namun karakter pemain-pemain gagal melakukan tindakan penyudah dengan sempurna.

“Namun pada aksi menentang Uruguay, karakter pemain-pemain Argentina seolah melepaskan segala amarah selain solidariti dalam setiap bahagian pasukan untuk memenangi perlawanan ini.

“Ini merupakan pasukan yang mantap pelbagai bahagian, selain tidak melepaskan gol kepada lawan dalam meraih kemenangan sempurna,” katanya.

Skuad kendalian Scaloni akhirnya menemui rentak kemenangan apabila menang tipis 1-0 ke atas Uruguay dalam aksi kumpulan B di Stadium Nacional de Brasília.

Jaringan babak pertama Guido Rodríguez pada minit ke-13’, sudah cukup membolehkan Argentina memimpin kumpulan dengan empat mata selepas mengharungi dua perlawanan sambil diekori rapat Chile.

Argentina yang terikat 1-1 menentang Chile pada aksi pembukaan sebelum ini, dijadualkan menentang Paraguay pada Selasa depan.

Mengenai Rodríguez, Scaloni memuji peranan dimainkan pemain kelab liga Sepanyol, Real Betis berusia 27 tahun tersebut dalam memastikan tiga mata milik La Albiceleste.

“Rodríguez sentiasa bersama pasukan ini, hari ini dia membalas kepercayaan apabila menyempurnakan peluang yang hadir kepadanya dengan sempurna.

“Kejayaan ke atas Uruguay ini sebenarnya kembali memberikan ketenangan semula pemain Argentina, tambahan pula lawan merupakan seteru rapat. Setiap keputusan melibatkan pasukan ini akan mengambil kira semua aspek demi pasukan,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!