Pelan Pemulihan Negara dibincang dalam RMK12

Mustapa semasa sidang akhbar di pejabatnya di Jeli pada Sabtu.
Mustapa semasa sidang akhbar di pejabatnya di Jeli pada Sabtu.
A
A
A

JELI - Pelan Pemulihan Negara antara skop yang diambil kira dalam rangka akhir laporan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang kini hampir 97 peratus siap.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau akan membentangkan laporan tersebut kepada jemaah menteri selepas ia disiapkan sepenuhnya dalam waktu terdekat.

Menurut beliau, apa yang kerajaan lakukan ketika ini adalah mengikut fasa iaitu mengutamakan penyelesaian krisis kesihatan yang dihadapi negara sejak lebih setahun lalu akibat Covid-19.

"Bagi setengah rakyat mungkin paling penting adalah ekonomi. Namun kerajaan sedang melaksanakan sesuatu mengikut peringkat.

"Bukan bermakna kerajaan tidak fikir pasal ekonomi, setiap hari kerajaan fikir, setiap minit. Saya tahu bahawa ramai masyarakat mengharapkan kesihatan dan ekonomi akan pulih sekali, ya saya faham.

"Cuma kita mohon rakyat bersabar dan saya pasti kerajaan sekarang ini sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab akan melaksanakan yang terbaik, bagilah kita sedikit masa," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jeli melakukan tinjauan ke Program Outreach Covid-19 di Pejabat Ahli Parlimen Jeli di sini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Zaini Hussin

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, apa yang berlaku kepada Malaysia kini merupakan satu krisis yang tidak pernah terjadi sebelum ini dan kerajaan telah bertindak mengikut perancangan dan perbincangan yang teliti.

Malah katanya, tidak timbul isu dakwaan sesetengah pihak yang menganggap Pelan Pemulihan Negara sebagai pelan 'separuh masak', sedangkan ia melibatkan perbincangan yang mendalam dengan pelbagai pihak.

"Semua hal-hal yang yang penting perlu dibincang dengan teliti jadi perbincangan tersebut sedang berlangsung dan kita mahu rakyat terus bersabar," katanya.