X

Kindly register in order to view this article
!

Polis akan panggil perakam video dakwa kilang arak beroperasi

Polis menjalankan pemantauan di kilang arak tersebut dan mendapati tiada pengoperasian dijalankan.
A
A

SHAH ALAM - Polis mengesahkan kilang minuman keras di Seksyen 15 di sini, tidak beroperasi seperti didakwa seorang individu melalui video tular di media sosial Jumaat lalu.

Justeru, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya akan memanggil individu yang memuat naik video berkenaan.

Menurutnya, pemantauan dijalankan pihaknya selepas individu berkenaan mendakwa kilang minuman keras itu beroperasi berdasarkan asap yang keluar menerusi serombong asap kilang kira-kira jam 7.40 petang.

"Polis telah berjumpa dengan pengurus kilang yang menjelaskan kilang berkenaan memang tidak beroperasi sejak 1 Jun lalu.

"Team Task Force telah menjalankan siasatan dan pematuhan secara keseluruhan di lokasi dalam dan luar kilang mendapati pihak kilang mematuhi dengan baik segala Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP 3.0 dan akur tidak menjalankan sebarang bentuk operasi pengilangan," katanya ketika ditanya sama ada individu yang merakam dan memuat naik video berkenaan akan dipanggil polis atau sebaliknya.

Beliau memberitahu, asap yang dikeluarkan dari salah satu cerobong kilang merupakan wap daripada proses memanaskan sejenis bahan mentah yang menyerupai gandum atau yis bagi memastikan ia tidak rosak sepanjang penutupan operasi kilang.

Selain itu katanya, polis difahamkan wap atau asap perlu di keluarkan bagi mengelakkan berlaku letupan dan proses itu di panggil meletakkan peralatan pengilangan dalam keadaan siap siaga.

"Pihak pengurusan kilang berkenaan telah memberikan kerjasama yang baik dan sentiasa akur dengan arahan pihak berkuasa demi untuk kepentingan bersama dalam memutuskan penularan wabak Covid-19," jelasnya.

Pada Jumaat, tular video dalam Facebook mendakwa kilang berkenaan menjalankan operasi ketika Sekatan Pergerakan Penuh dijalankan ketika ini.

Video berdurasi 40 saat itu dipercayai dirakam seorang individu dan memuat naik dalam Facebook.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!