X

Kindly register in order to view this article
!

James yakin Wales mampu tewaskan Itali

Daniel James - Foto Getty Images
A
A

PEMAIN sayap Wales, Daniel James yakin skuad The Dragons mampu menewaskan Itali pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A, Euro 2020 pada awal pagi Isnin sekali gus menempah slot ke peringkat kalah mati.

Menurut James, biarpun Itali selaku pendahulu Kumpulan A dan telah pun mengesahkan kemaraan ke peringkat kalah mati lebih awal, namun tidak mustahil untuk skuad The Dragons merealisasikan kemenangan ke atas skuad The Azzurri itu.

“Kami akan berjaya ke pusingan kalah mati walaupun jika mencatat keputusan seri berdepan Itali, tetapi jika menang kami akan muncul selaku juara kumpulan.

“Apa pun, kami yakin mampu menewaskan Itali pada perlawanan ini. Walaupun dilabel selaku pasukan pilihan, tetapi kami yakin untuk melakukannya.

“Ketika ini, kami juga sedang mengenal pasti kelemahan Itali menjelang perlawanan ini dalam usaha mencatatkan kemenangan,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!