Maqis tahan kayu oak merah dari Amerika Syarikat

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas kayu oak merah seberat 28,737 kilogram.
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas kayu oak merah seberat 28,737 kilogram.
A
A
A

KLANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas kayu oak merah seberat 28,737 kilogram dari Amerika Syarikat di Pelabuhan Klang Utara, pada Jumaat.

Pengarah Maqis Selangor, Zamri Hashim berkata, kayu oak merah dianggarkan bernilai RM88,285.61 itu dikesan dalam pemeriksaan rutin yang dijalankan pada jam 11 pagi.

"Kayu oak merah tersebut ditahan atas kesalahan tidak mematuhi syarat import Maqis iaitu tidak menyatakan rawatan di dalam sijl fitosanitasi sebagaimana dinyatakan permit, lesen dan perakuan.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 15(2), akta sama. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: