Selangor tawar rebat pengangkutan RM10 ke pusat vaksin

Rebat pengangkutan kepada pengguna Grab bagi pengambilan vaksin Covid-19.
Rebat pengangkutan kepada pengguna Grab bagi pengambilan vaksin Covid-19.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) menawarkan rebat pengangkutan sebanyak RM10 kepada warga emas berusia 50 tahun dan ke atas sebagai kos perjalanan mengambil suntikan vaksin ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

MBI dalam satu kenyataan berkata, inisiatif itu dilakukan bersama kerajaan negeri dan syarikat e-hailing Grab seperti diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 pada 9 Jun lalu.

Menurutnya, melalui kerjasama tersebut pemberian rebat sebanyak RM10 diberikan bagi setiap perjalanan pergi dan balik kepada pengguna yang memesan pengangkutan perkhidmatan e-hailing Grab.

"Ia bertujuan memudahkan rakyat Selangor khususnya warga emas untuk urusan pengambilan vaksin ke mana-mana 34 PPV di seluruh negeri Selangor.

"Selain itu, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) turut membantu menyelaras bantuan pengangkutan bagi penduduk yang menetap jauh dari PPV, " katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Katanya, kemudahan tersebut dikhususkan kepada pengguna aplikasi Grab dan tarikh rebat bermula 1 Julai hingga 30 September.

"Permohonan boleh dibuat mulai 20 Jun 2021 melalui laman sesawang www.platselangor.com.

"Orang ramai boleh berhubung melalui emel csr@mbiselangor.com.my untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini, " katanya.

Artikel Berkaitan:

Kerajaan Selangor memperuntukkan RM551.56 juta meliputi 25 program untuk Pakej Kita Selangor 2.0 yang bakal memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat negeri Selangor.