X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Beruang matahari muncul di Kampung Jimah Lama

Beruang matahari - Gambar hiasan
A
A

PORT DICKSON - Seekor beruang jenis matahari didakwa sering dilihat di pinggir Kampung Jimah Lama, di sini dipercayai keluar mencari makanan sejak dua minggu lalu.

Menurut penduduk yang mahu dikenali sebagai Samsun, 43, sudah empat kali dia terserempak dengan haiwan berkenaan ketika balik dari kebun.

"Alhamdulillah setakat ini tiada kejadian tidak diingini berlaku. Saya akui bimbang juga kalau dikejar beruang, namun ada sekali saya sempat merakam ketika ia sedang berjalan dan kemudiannya hilang ke dalam semak di tepi jalan.

"Biasanya saya jumpa beruang ini ketika waktu maghrib iaitu selepas menutup kandang lembu milik rakan sekampung, namun sebaik beruang ini nampak saya, haiwan itu terus berjalan perlahan masuk ke dalam semak," katanya pada malam Jumaat.

Katanya lagi, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut selain meminta pihak berkenaan memasang perangkap kerana tidak mahu ada yang menjadi mangsa beruang tersebut.

"Saya sudah maklumkan kepada penduduk supaya berhati-hati selain berharap beruang ini dapat ditangkap seterusnya dibawa ke habitat asalnya.

"Beruang ini dipercayai tersesat hingga sampai di pinggir kampung kami," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penghilitan Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun berkata, beruang matahari itu dipercayai tersesat dari kawasan hutan berhampiran.

"Kami terima aduan daripada penduduk Kampung Jimah Lama yang ternampak kelibat seekor beruang jenis matahari (malayan sun bear) dan hari ini (Sabtu) kami pasang perangkap beruang.

"Beruang ini bahaya jika kita melakukan provokasi dan dia boleh menyerang balik kerana memiliki kuku serta gigi yang tajam. Ia juag merupakan hidupan liar dilindungi sepenuhnya," katanya ketika dihubungi.



Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!