Covid-19: Semua pihak perlu patuhi SOP

Dr Harlina Abdul Rashid, Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Dr Harlina Abdul Rashid, Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

SEREMBAN - Semua pihak perlu berusaha mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tidak kira di mana agar dapat bersama-sama mengekang penularan pandemik Covid-19, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Datin Dr Harlina Abdul Rashid.

Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai SOP yang ditetapkan kerajaan wajib dipatuhi semua pihak.

“Semua petugas kesihatan sedang berkerja keras dalam menjalankan tugasan mereka di hospital terutamanya merawat pesakit Covid-19 ketika ini.

“Oleh itu, sama-samalah kita berusaha mematuhi semua SOP yang ditetapkan bagi mengekang penularan pandemik ini tak kira di mana jua,” katanya kepada Bernama.

Pada Jumaat, dilaporkan lima kakitangan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah dikenakan kompaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka dan tidak membuat pendaftaran masuk melalui aplikasi MySejahtera atau menulis pada buku daftar ketika memasuki premis.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 kakitangan pusat perubatan dikompaun langgar SOP

Kesemua kakitangan itu dikenakan tindakan berkenaan dalam satu operasi bersepadu pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 membabitkan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah, HTAN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kuala Pilah. - Bernama

Artikel Berkaitan: