X

Kindly register in order to view this article
!

7,000 ayam hangus, ladang ternakan terbakar

Keadaan struktur bangunan reban yang terbakar menyebabkan kira-kira 7,000 ayam hangus. - Foto JBPM Pahang
A
A

PEKAN - Dianggarkan 7,000 ekor ayam hangus dalam kebakaran melibatkan sebuah ladang ternakan di Batu 8, Jalan Kuantan - Segamat di sini pada awal pagi Sabtu.

Bagaimanapun, kira-kira 3,000 ekor ayam lagi berjaya diselamatkan dalam kebakaran yang dilaporkan berlaku pada jam 6.34 pagi itu.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini dan Taman Tas bersama dua jentera ke lokasi untuk operasi pemadaman.

Sebahagian 3,000 ayam yang berjaya diselamatkan dalam kebakaran ladang ternakan di Batu 8, Jalan Kuantan-Segamat pada Sabtu. - Foto JBPM Pahang
Sebahagian 3,000 ayam yang berjaya diselamatkan dalam kebakaran ladang ternakan di Batu 8, Jalan Kuantan-Segamat pada Sabtu. - Foto JBPM Pahang

Menurutnya, operasi pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula air dari tangki pam jentera.

"Kebakaran melibatkan bangunan reban seluas 3.7 x 37.2 meter persegi berjaya dipadamkan, namun hampir 90 peratus strukturnya musnah," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Ismail berkata, punca sebenar kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Anggota bomba dari BBP Chini dan Taman Tas melakukan operasi pemadaman ladang ternakan ayam di Batu 8, Jalan Kuantan-Segamat pada Sabtu. - Foto JBPM Pahang
Anggota bomba dari BBP Chini dan Taman Tas melakukan operasi pemadaman ladang ternakan ayam di Batu 8, Jalan Kuantan-Segamat pada Sabtu. - Foto JBPM Pahang


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!