Niaga hadapan emas dijangka tidak berubah minggu depan

No Image Caption
A
A
A

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka tidak berubah pada minggu depan berikutan kekurangan minat belian terhadap logam berharga itu.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Liou Xin Hui berkata, emas fizikal bagaimanapun berkemungkinan besar cenderung meningkat, seiring dengan prestasi emas di bursa COMEX Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, Penganalisis Kanan Pasaran OANDA bagi Amerika, Edward Moya berkata, peningkatan dagangan emas akan turut dipacu oleh pertambahan tuntutan pengangguran di AS.

"Emas mungkin susut tetapi prospek jangka panjangnya akan menarik minat pembeli. Jangkaan terhadap harganya boleh menghampiri AS$1,750 (AS$1=RM4.138) satu aun namun terdapat juga mereka yang mahu melihat jika ia mencecah paras rendah AS$1,675,” katanya.

Di peringkat tempatan, pasaran niaga hadapan emas kekal tidak berubah sepanjang dagangan minggu ini dengan tiada sebarang dagangan dicatatkan.

Bagi asas perbandingan Jumaat hingga Jumaat, kontrak niaga hadapan emas Bursa Malaysia bagi Jun 2021 kekal pada RM225.0 segram, Julai 2021 pada RM230.0 segram manakala Ogos 2021 dan September 2021 masing-masing pada RM255.0 segram.

Jumlah dagangan sifar manakala kepentingan terbuka sebanyak lapan kontrak.

Sementara itu, harga emas fizikal turun RM11.43 kepada RM230.71 daripada RM242.14 segram yang pada Jumaat lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: