Lukisan abad ke-17 dibuang di tempat sampah lebuh raya

Lukisan potret oleh Pietro Belloti dan Samuel van Hoogstraten ditemui di tempat pembuangan sampah lebuh raya. - Foto 9news
Lukisan potret oleh Pietro Belloti dan Samuel van Hoogstraten ditemui di tempat pembuangan sampah lebuh raya. - Foto 9news
A
A
A

BERLIN - Dua lukisan dari abad ke-17 ditemui di tempat pembuangan sampah lebuh raya di Jerman.

Lukisan minyak itu ditemui seorang lelaki berusia 64 tahun di perhentian rehat berhampiran Ohrenbach di tengah Jerman bulan lalu.

Dia kemudian menyerahkannya kepada polis di kota barat Cologne, lapor 9news.

Penilaian awal oleh seorang pakar seni mendapati kedua-dua lukisan berbingkai itu merupakan karya asli, kata polis.

Sebuah lukisan bertarikh 1665 itu merupakan potret Pietro Belloti yang memaparkan wajah pelukis Itali itu tersenyum.

Manakala satu lagi ialah potret budak lelaki oleh pelukis Belanda, Samuel van Hoogstraten, yang tidak diketahui tarikhnya.

Setakat ini tiada maklumat tentang nilai setiap lukisan itu.

Beberapa laman web bidaan menunjukkan bahawa lukisan Bellotti pernah terjual lebih daripada AS$200,000, manakala lukisan oleh van Hoogstraten pada nilai bidaan lebih AS$400,000. - Awani

Artikel Berkaitan: