Bas terbabas ke dalam gaung, 27 terbunuh

Sekurang-kurangnya 27 terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas sebuah bas terbabas ke dalam gaung di wilayah selatan Ayacucho, Peru pada Jumaat.
Sekurang-kurangnya 27 terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas sebuah bas terbabas ke dalam gaung di wilayah selatan Ayacucho, Peru pada Jumaat.
A
A
A

LIMA -Sekurang-kurangnya 27 terkorban dan beberapa yang lain cedera selepas sebuah bas terbabas ke dalam gaung di wilayah selatan Ayacucho, Peru pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi waktu tempatan, bas itu terjerumus ke dalam gaung sedalam 250 meter ketika dalam perjalanan dari wilayah Ayacucho ke Arequipa melalui Lebuhraya Interoceanic.

Menurut laporan awal pihak berkuasa, bas syarikat Wari Palomino itu membawa sekumpulan pekerja lombong dan keluarga mereka.

Pasukan penyelamat, anggota bomba dan polis tiba di lokasi untuk mengeluar dan menyelamatkan mangsa sebelum dibawa ke hospital berdekatan di Nasca.

Punca sebenar kemalangan masih disiasat. - Awani

Artikel Berkaitan: