X

Kindly register in order to view this article
!

Dua maut, lori muatan ayam terbakar

Anggota bomba membantu memadamkan api di lokasi kejadian.Gambar kecil: Mohd Fazley
A
A

NILAI - [DIKEMASKINI] Dua maut manakala seorang lagi cedera apabila lori muatan ayam hidup yang dinaiki terbabas dan melanggar tiang jejambat di Kilometer (KM) 283.6 Lebuhraya Utara - Selatan (PLUS) arah utara awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 3 pagi ketika lori terbabit dalam perjalanan menghala ke Perak dari arah Seremban.

Katanya, lori tersebut dipercayai hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang kiri jalan sebelum terbabas melanggar tiang jejambat sehingga mengakibatkannya terbakar.

Keadaan lori yang terbabit kemalangan di Kilometer (KM) 283.6 Lebuhraya Utara - Selatan (PLUS) arah utara sebelum terbakar pada awal pagi Sabtu.
Keadaan lori yang terbabit kemalangan di Kilometer (KM) 283.6 Lebuhraya Utara - Selatan (PLUS) arah utara sebelum terbakar pada awal pagi Sabtu.

"Pemandu lori, N Vasutheven, 48, yang berjaya dikeluarkan oleh orang awam mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Mohd Fazley berkata, kelindan, R K Mohan Raj, 28, ditemui rentung akibat tersepit di tempat duduk penumpang hadapan.

Dua mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Dua mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Anak pemandu lori, iaitu V Dharshaan, 16, berjaya keluar sebelum lori terbakar mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki. Mangsa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban," katanya.

Katanya, siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!