Republik Czech perkukuhkan cengkaman
REPUBLIK Czech memperkukuhkan harapan mara ke pusingan 16 terbaik Euro 2020 biarpun diikat Croatia 1-1 pada aksi kumpulan D di Stadium Hampden Park, sebentar tadi.
Anak buah Jaroslav Silhavy terlebih dulu berada di depan hasil jaringan penalti Patrik Schick pada minit ke-37' untuk mendahului babak pertama 1-0.
Bersambung babak kedua, skuad kendalian Zlatko Dalić tampil lebih kemas mengejutkan lawan hasil jaringan peledak veteran berusia 32 tahun, Ivan Perišić pada minit ke-47
Keputusan seri itu menyaksikan Republik Czech memimpin kumpulan dengan empat mata selepas mengharungi dua perlawanan manakala Croatia di kedudukan ketiga dengan satu mata.