Busquets suntik semangat Sepanyol

IMBAS KEMBALI.. Dari kiri ke kanan: Aymeric Laporte, Pablo Sarabia dan Busquets ketika menjalani sesi pemanas badan sebelum perlawanan persahabatan menentang Portugal di Wanda Metropolitano pada 4 June lalu.

A
A
A

KAPTEN Sepanyol, Sergio Busquets kembali memperkuatkan cabaran La Roja pada baki saingan kumpulan E Euro 2020 selepas disahkan bebas pandemik Covid-19.

Tonggak Barcelona berusia 32 tahun itu sebelum ini positif Covid-19 pada 6 Jun lalu ketika bersiap sedia untuk sesi latihan bersama skuad La Roja di Madrid, menyebabkannya dihantar pulang bagi menjalani kuarantin.

Pemain posisi tengah tersebut kembali menyertai semula kem latihan akan diterbangkan bersama rakan skuad Sepanyol lain ke Sevilla sebagai persediaan berdepan Poland.

Untuk rekod, Busquets merupakan pemain tunggal skuad La Roja Piala Dunia 2010 yang dilantik kapten pasukan selepas Sergio Ramos disisihkan akibat kecederaan.

Artikel Berkaitan: