Forsberg hidupkan peluang Sweden

Forsberg (kiri) meraikan jaringan bersama Robin Quaison selepas menjaringkan gol untuk Sweden ketika menentang Slovakia pada aksi kumpulan E Euro 2020 di Saint Petersburg.
Forsberg (kiri) meraikan jaringan bersama Robin Quaison selepas menjaringkan gol untuk Sweden ketika menentang Slovakia pada aksi kumpulan E Euro 2020 di Saint Petersburg.
A
A
A

PENALTI Emil Forsberg menghidupkan harapan Sweden untuk mara ke pusingan 16 terbaik Euro 2020 selepas menewaskan Slovakia 1-0 pada aksi kumpulan E di Gazprom Arena, Saint Petersburg pada Jumaat.

Anak buah Janne Andersson yang tampil cemerlang ketika mengikat Sepanyol tanpa jaringan pada aksi pembukaan sebelum ini, terpaksa mengakui kekentalan skuad kendalian Stefan Tarkovic sepanjang tempoh perlawanan berkenaan.

Biarpun begitu perlawanan seimbang menyaksikan kedua-dua pasukan berbalas serangan, namun Slovakia yang tampil cemerlang ketika menang tipis 1-0 ke atas Poland masih gagal memecah kebuntuan.

Bersambung babak kedua, Slovakia mula menggandakan asakan ke kubu lawan, namun tuah ternyata berpihak Sweden apabila diberikan sepakan penalti yang mudah disempurnakan Forsberg pada minit ke-77.

Keputusan tersebut menyaksikan Sweden kini mengungguli kumpulan dengan empat mata satu mata mengatasi Slovakia kedua yang mengutip tiga mata selepas masing-masing mengharungi dua perlawanan.

Artikel Berkaitan: