X

Kindly register in order to view this article
!

Rombak silibus, tingkat pengetahuan isu Palestin kepada anak muda

Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi
A
A
SHAH ALAM - Silibus pembelajaran di sekolah perlu dirombak atau dikaji semula bagi memastikan anak muda sentiasa cakna berkaitan isu keagamaan termasuk peperangan di Palestin.

Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi berkata, pengajian kini perlu ditambah dengan analisis bagi memastikan anak muda memahami dengan lebih mendalam terhadap sesuatu isu.

Menurutnya, melalui cara itu, ia dapat melahirkan pelajar yang luar biasa iaitu inovatif dan juga kreatif dari segi berfikir.

“Dekat sini kita akan dapat melahirkan pelajar yang bagus. Sebelum ini kita hanya ingat sahaja cerita. Kini, kita kena analisis kisah pula dan aplikasikan pada zaman sekarang.

“Contohnya, kisah Yahudi pada zaman nabi dahulu, kita boleh aplikasikan dengan apa yang Israel lakukan kini terhadap Palestin,” katanya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian pada program Wacana al-Quran Edisi Khas Al-Quds bertajuk Strategi Nabi Menentang Yahudi yang disiarkan secara langsung di platform Sinar Harian.

Dari kiri, Fazrul Ismail, Ahmad Sanusi Azmi dan Husaini Mahmur
Dari kiri, Fazrul Ismail, Ahmad Sanusi Azmi dan Husaini Mahmur

Program tersebut dikendalikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail dan qari jemputan, Husaini Mahmur yang memperdengarkan surah Al-Hasyr ayat 1 hingga 4.

Mengulas lanjut, Ahmad Sanusi berkata, bagi meningkatkan kefahaman anak muda, mesej-mesej berdasarkan al-Quran perlu dikembalikan kepada mereka.

“Kembalikan anak muda yang berkaitan al-Quran. Adakan program-program berkaitan al-Quran dalam proses kita menyedarkan masyarakat terutama isu di Palestin.

“Media massa juga perlu mainkan peranan dengan menghidupkan kesedaran isu umat Islam. Sebenarnya Islam terdapat pelbagai isu yang berkemungkinan kita tidak tahu.

“Bukan sekadar satu isu sahaja tetapi semuanya kita kena faham, beri kesedaran kepada masyarakat. Media massa main peranan agar sama-sama pastikan bumi ini diberkati,” ujarnya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!