Wanita, dua anak saudara dipatuk ular tedung tikus

Seorang anggota bomba menunjukkan ular tedung tikus yang berjaya ditangkap di bilik air di rumah berkenaan.
Seorang anggota bomba menunjukkan ular tedung tikus yang berjaya ditangkap di bilik air di rumah berkenaan.
A
A
A

SEKINCHAN - Seorang wanita yang sedang memandikan dua anak saudaranya berdepan detik cemas apabila ketiga-tiga mereka dipatuk ular tedung tikus di dalam bilik air rumah mereka di Kampung Tali Air 7, Ban Lesen Sekinchan, di sini pada Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.26 petang.

Menurutnya, seramai tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik kami tiba ke lokasi kejadian, jiran memaklumkan mangsa berusia 24 tahun dan dua anak saudaranya berusia setahun dan tiga tahun telah dibawa suami wanita terbabit ke Hospital Tanjong Karang untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan medianya pada Jumaat.

Hafisham berkata, pihaknya mengambil masa selama tiga minit menangkap ular terbabit menggunakan peralatan khas.

"Kami difahamkan kesemua mangsa dilaporkan stabil dan diberikan rawatan serta dibenarkan pulang.

"Ular terbabit bukanlah spesies berbisa dan kemudian dilepaskan ke kawasan lebih selamat serta jauh daripada penempatan penduduk," katanya.

Artikel Berkaitan: