X

Kindly register in order to view this article
!

RHB kesan kesilapan e-penyata akaun semasa

RHB Banking Group mengesan kesilapan dalam e-penyata akaun semasa yang dihantar menerusi e-mel kepada segelintir pelanggannya.
A
A

RHB Banking Group telah mengesan kesilapan dalam e-penyata akaun semasa yang dihantar menerusi e-mel kepada segelintir pelanggannya berikutan masalah teknikal dialami rakan penyedia khidmat luar tersebut.

RHB dalam kenyataannya pada Jumaat berkata, kesilapan itu membabitkan kurang 0.50 peratus daripada jumlah pelanggan runcitnya di Malaysia.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, kesilapan itu dapat diatasi sejurus dikesan manakala pelanggan terbabit telah dimaklumkan menerusi e-mel dan sistem pesanan ringkas (SMS) pada hari sama.

“Kami memohon maaf kepada pelanggan terbabit di atas kesilapan e-penyata yang tidak disengajakan ini. Berikutan itu, e-penyata baharu kini dalam proses dihantar kepada mereka," katanya.

Beliau berkata, siasatan berkaitan juga sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!