Kuih beku (frozen)

No Image Caption
A
A
A
Warga emas Husin Muhamad, 60, berehat sebelum menjual kuih beku (frozen) bagi mencari sumber pendapatan harian, di kediamannya di Kampung Tengku Hussein Hujong, Manjoi hari ini. Beliau memulakan perniagaan kira-kira pukul 9.00 pagi dengan mengayuh basikal sehingga pukul 12.00 tengah hari mengelilingi kawasan sekitar Manjoi sambil melaung 'kuih-kuih' untuk menarik perhatian pembeli. Cara jualan kuih sambil berbasikal itu tercetus hasil perbincangan bersama anak buahnya memandangkan Husin gemar menunggang basikal serta mempunyai minat untuk menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Beliau yang telah menetap di Manjoi selama 51 tahun berkata jualan kuih bekunya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini sedikit terjejas kerana terdapat kawasan di Manjoi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). - Foto Bernama
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Hiasan dekorasi suasana perayaan

No Image Caption
GALERI

Permainan Wau LED

No Image Caption
GALERI

Nuzul Al-Quran

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Nuzul Quran