X

Kindly register in order to view this article
!

Shafie dapat telefon pintar baharu

Adik Muhammad Shafie bersama peranti Redmi Note 10 5G yang diperolehinya
A
A

SHAH ALAM - Xiaomi Malaysia memberikan peranti Redmi Note 10 5G yang baharu kepada adik Muhammad Shafie selepas telefon mudah alih yang digunakannya sebelum ini meletup.

Ibu saudara murid itu, Suryani Abdul Ghani, 45 berkata, bukan niatnya untuk meraih simpati kepada khalayak umum terhadap hantaran di Facebooknya, sebaliknya ia sekadar berkongsi pengalaman.

“Alhamdulillah. Terima kasih kepada pihak Xiaomi Malaysia yang sudi memberi peranti baru Redmi Note 10 5G kepada adik Shafie selepas peranti sebelum ini meletop pada 15 Jun tempoh hari.

“Saya perhatikan ada segelintir netizen mengatakan saya meraih simpati. Itu bukan niat saya sebaliknya hanya sekadar berkongsi pengalaman, semoga semua sedar yang isu ini membahayakan kanak-kanak,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bukan tak bersyukur, ini faktor nyawa dan keselamatan'

Pada 15 Jun, Suryani meluahkan kekecewaan apabila telefon subsidi yang diterima menerusi program Jaringan Prihatin terbakar ketika anak buahnya yang berusia sembilan tahun mengikuti kelas dalam talian di rumah mereka di Gombak.

Jelas Suryani yang merupakan seorang guru tuisyen, dia tidak pernah meminta telefon tersebut digantikan dengan peranti yang baharu namun Xiaomi Malaysia berbesar hati untuk menghulurkan bantuan itu.

Katanya, ia bagi memudahkan adik Shafie menjalankan Pelajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) melalui dalam talian.

“Mereka ikhlas menolong walaupun telah diterangkan keadaan sebenar. Saya amat terharu dengan keprihatinan pihak #XiaomiMalaysia.

“Saya rasa tiada masalah kalau saya terima untuk kemudahan adik Shafie. Terima Kasih sekali lagi kepada pihak Xiaomi atas keprihatinan syarikat dalam menjalankan tanggungjawab sosial,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!