Legenda Juventus meninggal dunia

IMBAS KEMBALI...Del Piero (kanan) bersama Boniperti ketika menghadiri majlis perasmian Stadium Juventus di Turin pada 8 September 2011.
IMBAS KEMBALI...Del Piero (kanan) bersama Boniperti ketika menghadiri majlis perasmian Stadium Juventus di Turin pada 8 September 2011.
A
A
A

LEGENDA Juventus dan bekas presiden kelab itu, Giampiero Boniperti, 92 tahun meninggal dunia pada Khamis akibat kegagalan jantung berfungsi.

Kelab dalam satu kenyataan pada Jumaat, berkata, Boniperti merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab Turin tersebut dengan 179 gol sebelum dipintas Alessandro Del Piero pada 2006, telah melakukan penampilan dalam 443 perlawanan bersama Bianconeri.

Pada 1971, Boniperti kembali semula ke Turin selepas 10 tahun meninggalkan kelab tersebut untuk mengalas cabaran baharu sebagai presiden dengan meletakkan 16 pelbagai kejuaraan dari Scudetti, kejuaraan Eropah dan kejuaraan antara benua.

Artikel Berkaitan: