Langgar SOP, enam lelaki dikompaun berkumpul untuk solat berjemaah

Enam lelaki warga asing ditahan, manakala enam lelaki warga tempatan dikompaun kerana melanggar SOP PKP dalam serbuan di sebuah premis di Taman Nirwana di sini pada Jumaat.
Enam lelaki warga asing ditahan, manakala enam lelaki warga tempatan dikompaun kerana melanggar SOP PKP dalam serbuan di sebuah premis di Taman Nirwana di sini pada Jumaat.
A
A
A

AMPANG - Seramai enam lelaki warga tempatan dikompaun RM1,500 kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam serbuan di sebuah premis di Taman Nirwana di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam serbuan pada jam 1.30 petang, seramai 12 individu termasuk enam warga tempatan berada di dalam premis berkenaan sedang berkumpul untuk melaksanakan solat Jumaat secara berjemaah.

"Kesemua individu berusia 23 hingga 60 tahun itu didapati melakukan kesalahan berkumpul dan tidak menjaga penjarakan fizikal serta mengadakan aktiviti yang tidak dibenarkan sebagaimana Peruntukan Peraturan 17 (1), Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Didalam Kawasan Tempat-Tempat Jangkitan.) (No.3) 2021," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Bagaimanapun menurut Mohamad Farouk, enam warga asing terbabit mempunyai dokumen yang sah dan merupakan pekerja di premis itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati premis tersebut merupakan pejabat bagi syarikat pembersihan, kawalan keselamatan dan urusan kargo membabitkan tiga buah syarikat berlainan milik warga tempatan.

"Kesemua warga tempatan itu dikenakan kompaun termasuk pemilik syarikat yang dikompaun RM10,000 atas pelanggaran SOP PKP manakala kesemua warga asing itu ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Mohamad Farouk turut memberi amaran kepada orang ramai tidak melanggar SOP PKP supaya matlamat kerajaan untuk memutuskan rangkaian penyakit Covid-19 dapat dilaksanakan.

"Orang ramai yang tidak ada urusan mustahak dikehendaki duduk di rumah," katanya.

Artikel Berkaitan: