X

Kindly register in order to view this article
!

Bomba selamatkan warga emas terperangkap bawah timbunan sampah

Anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja menyelamatkan mangsa terperangkap di bawah timbunan sampah di dalam rumahnya di Apartmen Bukit Saujana, Jalan Paya Terubong, Georgetown.
A
A

GEORGETOWN - Seorang warga emas yang terperangkap di bawah timbunan sampah di dalam rumahnya di Apartmen Bukit Saujana, Jalan Paya Terubong di sini berjaya diselamatkan oleh bomba pada malam Khamis.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam itu disedari oleh anak mangsa yang tinggal di kawasan perumahan sama sebelum dia menghubungi balai bomba bagi mendapatkan bantuan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Sarmizi Jusoh berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja-kerja menyelamatkan lelaki berusia 70 tahun yang terperangkap dalam timbunan sampah di tingkat 12 apartmen berkenaan.

Beliau berkata, anggota bomba terpaksa memotong besi nako dengan menggunakan peralatan 'rescue tech' bagi menggeluarkan mangsa.

"Selepas besi nako dipotong dan sampah dialihkan kita berjaya menemui dan mengeluarkan mangsa dalam keadaan selamat.

"Lelaki warga emas itu kemudian diserahkan pada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.08 malam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Jumaat.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!