X

Kindly register in order to view this article
!

Polis sah terima laporan terhadap Takiyuddin

Acryl Sani Abdullah Sani
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan menerima laporan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung dakwaan derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, siasatan sedang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

"Sekiranya diperlukan, individu-individu yang berkaitan akan dipanggil bagi membantu siasatan," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Pada Jumaat, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan, polis akan siasat sesiapa sahaja yang melakukan hasutan sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat.

"Jika ada laporan, sesiapa sahaja kita akan panggil tanpa mengira darjat," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Shazni Munir agar menyiasat kenyataan Takiyuddin yang didakwa memperlekeh pandangan Seri Paduka Baginda supaya menyegerakan sidang Parlimen.

ARTIKEL BERKAITAN: Derhaka: Polis akan panggil Takiyuddin


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!