X

Kindly register in order to view this article
!

Penduduk empat kampung serbu PPV baharu di Labuan

Seramai 1,000 penduduk dari empat kampung di Labuan berpusu-pusu ke PPV Covid-19 baharu di Dewan Mutiara Kolej Matrikulasi Labuan (LMC) yang mula beroperasi pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A

LABUAN - Seramai 1,000 penduduk dari empat kampung di sini berpusu-pusu ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 baharu di Dewan Mutiara Kolej Matrikulasi Labuan (LMC) yang mula beroperasi pada Jumaat.

Majoriti penduduk yang hadir terdiri daripada individu yang telah mendaftar melalui MySejahtera, namun belum menerima janji temu dan tersenarai untuk menerima vaksin secara jumpa terus (walk-in) yang diuruskan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

Kampung terlibat dalam pusingan pertama pemberian vaksin hari ini ialah Kampung Pohon Batu, Manikar, Lubok Temiang dan Ganggarak.

"Hanya individu yang namanya disenaraikan oleh ketua kampung atau pengerusi jawatankuasa penduduk akan dibenarkan masuk ke PPV," kata Pengerusi MPP Mohd Dzulfaizal Abd Manan kepada Bernama di PPV LMC, di sini.

Beliau berkata, vaksinasi secara jumpa terus bagi nama yang disenaraikan oleh MPP bermula dari 8 pagi hingga 3 petang, manakala bagi individu lain bermula dari 3 hingga 4 petang.

Pusingan kedua vaksinasi secara jumpa terus esok, melibatkan empat kampung lain iaitu Kampung Lajau, Bukit Kuda, Kerupang dan Pantai. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!